Jam Tawaf Alisra

Alisra komited mencipta semula jam, ia pusingan Tawaf mengikut fitrah semulajadi

Konsep pusingan jam mengikut arah tawaf. Pusingan ni sangat positif kepada jasad tubuh badan si pemakainya

Apa itu JAM TAWAF?

Tahukah anda, jam yang ada kebanyakannya hari ini, ialah jam anti-tawaf? Pihak Barat telah mengubah konsep ini, yang merupakan salah 1 rahsia hitam yang tak didedahkan pada umat manusia. Minda manusia seluruh dunia berjaya diubah kepada penggunaan jam anti-tawaf seperti yang ada sekarang.

Fitrah penciptaan dunia seisinya, membuktikan semua yang ada di alam ini bergerak mengikut hukum TAWAF. Ini kerana Allah telah tentukan hukumnya sebegitu sejak galaksi ini diciptakan. Hukum alam ini bergerak ke arah pusingan tawaf, dan ianya ke arah kanan. Pusingan tawaf yang ada di alam semesta ini merupakan fitrah.

Manusia ciptaan tuhan sepatutnya hidup selari dengan fitrah alam. Perkara ini bersebab besar apabila aktiviti TAWAF sentiasa berputar ke arah kanan. Maka, si pemakai Jam Tawaf akan merasai faedah yang tidak terhingga apabila memakai jam ikut arah hukum alam.

Sekarang ini ramai orang menjual dan mempromosikan Jam Tawaf, yakni jam yang jarum jamnya berputar melawan arah jam. Dinamakan sebagai jam Tawaf kerana ia berpusing mengikut arah umat Islam melakukan Tawaf semasa ibadah Haji atau Umrah mengelilingi Kaabah.


Pusingan Arah Tawaf

Islam mempunyai, konsep kanan dan kiri adalah cukup jelas. “Kanan” dikaitkan dengan yang positif, baik, pahala, amal kebajikan, kitab penilaian di akhirat, dan golongan selamat di akhirat. Dalam amalan ibadah umum dan khusus juga Islam mengajar makan dan minum dengan tangan kanan, bersalam dengan tangan kanan, memberi sedewah dengan tangan kanan, memberi barang pada orang lain dengan tangan kanan, mengambil wuduk untuk tangan dan kaki dengan memulakan dengan yang kanan, dan tawaf dengan menghala ikut sebelah kanan dan berpusing arah ke kiri mengelilingi kaabah.

Bumi, bulan, bintang, matahari serta seluruh Galaksi Bima Sakti beredar pada satu arah iaitu pada arah tawaf seiring dengan cara orang Islam melakukan tawaf di Kaabah. Kaabah yang menjadi pusat tumpuan umat Islam sebenarnya adalah pusat medan magnet dunia. Perkara ini diakui oleh pihak NASA dimana suatu kajian telah dilakukan melalui pemerhatian dari angkasa lepas bahawa medan magnet seluruh dunia tertumpu di Kaabah yang merupakan pusat dunia.

Segala tenaga didunia ini terpancar dan dikawal dari medan magnet ini. Begitu juga dengan darah di dalam tubuh badan kita yang beredar mengelilingi badan pada arah tawaf. Hakikat ini masih tidak ramai yang tahu dan tidak ramai pakar-pakar Islam menemui hasil kajian hebat seperti ini.

Kebanyakan kita tidak sedar bahawa dengan menggunakan jam biasa sebenarnya menyebabkan terhasilnya satu getaran yang tidak seimbang pada badan kerana jam yang dipakai itu berputar bertentangan dengan fitrah alam.

Akibat getaran badan yang tidak seimbang menyebabkan seseorang itu mudah menerima anasir-anasir yang negatif dan seterusnya mendapat pelbagai jenis penyakit.

Wallahua’lam.


Arah Pusingan Jam

Pusingan arah jam (clockwise) vs lawan Jam (anti-clockwise)

Mengapa jam dicipta dengan bergerak dari kiri ke kanan? Dari mana asal usul idea pergerakan itu? Pergerakan jam biasa (clockwise) ialah dari kiri ke kanan. Bukankah ia satu pergerakan luar tabiie?

Islam mempunyai, konsep kanan dan kiri, dengan cukup jelas. “Kanan” dikaitkan dengan yang positif, baik, pahala, amal kebajikan, kitab penilaian di akhirat, dan golongan selamat di akhirat. Dalam amalan ibadah umum dan khusus juga Islam mengajar makan dan minum dengan tangan kanan, bersalam dengan tangan kanan, memberi sedeqah dengan tangan kanan, memberi barang pada orang lain dengan tangan kanan, mengambil wuduk untuk tangan dan kaki memulakan dengan yang kanan, dan tawaf dengan menghala ikut sebelah kanan dan berpusing arah ke kiri (anti-lockwise) mengelili Kaabah.

Bukankah pergerakan dari kanan ke kiri merupakan satu yang tabiie? Bukankah pergerakan dari kanan ke kiri dan berpusing dalam satu bulatan merupakan satu yang semulajadi atau fitrah? Benar, pergerakan “lawan putaran jam” adalah satu sunnatullah dan tabiie alam. Cuba lihat senarai fenomena alam sekeliling yang menggunakan arah lawan putaran jam di bawah ini. Apa rahsia arah haluan lawan putaran jam? Adakah ia kebetulan berlaku dalam fenomena di bawah ini atau ia takdir Tuhan?

  • Pusingan bumi atas paksinya

  • Pusingan bumi mengelilingi matahari

  • Pokok menjalar dan memanjat

  • Ibu jari

  • Peredaran darah dalam jantung

  • Struktur DNA

  • Pusar air

  • Pusaran ikan dalam air

  • Torehan getah

  • Angin puting beliung

  • Ibadah tawaf keliling Kaabah

Keistimewaan Pusingan Arah Tawaf

Dan apa istimewanya arah lawan putaran jam juga digunakan dalam rekabentuk mekanikal yang terdapat pada aktiviti di bawah? Apakah jurutera memahami kelebihan yang ada arah haluan lawan putaran jam? Apa rahsianya? Adakah ia kebetulan?

Apa istimewanya arah haluan lawan putaran jam hingga aktiviti sukan juga menggunakan arah haluan yang sama dalam aktiviti di bawah? Apa rahsianya? Adakah ia kebetulan?

  • Sukan lari di trek stadium

  • Sukan lumba basikan

  • Sukan lumba motor

  • Sukan lumba kereta

  • Melempar cakera

  • Melontar tukul besi

  • Melontar tombak atau javelin

  • Permainan baseball


Apa jadi kalau pelumba lari di trek stadium lari ikut arah haluan jam? Dalam satu kajian disebutkan dalam video ini menunjukkan pelumba lari akan cepat letih kerana ia bergerak “melawan arus” putaran bumi yang bergerak secara lawan putaran jam.

  • Kipas kapalterbang

  • Kipas helikopter

  • Putaran CDROM/DVD

  • Putaran disc dalam hard disk

  • Kincir angin


Mengapa ilmu mekanik dalam membuka skrew menggunakan arah lawan pusingan jam, manakala untuk kunci atau matikan skrew digunakan arah haluan jam? Adakah ia kebetulan atau takdir? Mengapa pencipta skrew dan jurutera mekanik tidak cipta skrew menggunakan arah haluan begitu?

Bukankah ikut haluan jam itu “mematikan”, manakala ikut arah lawan pusingan jam itu memberi “tenaga” dan memberi “kekuatan” yang lebih terbuka?

Kesimpulan: Kesemua perkara di atas boleh disimpulkan bahawa arah lawan pusingan jam adalah satu yang tabiie; ia adalah ciptaan Allah. Allah lebih tahu mengapa arah lawan pusingan jam ni lebih baik dari arah haluan jam. Allah yang mencipta dahulu “arah haluan” dari kanan ke kiri, dan manusia mencipta arah haluan baru kemudiannya. Arah haluan jam itu juga perlu dalam urusan manusia misalnya dalam kejuruteraan mekanik mengetatkan skrew dan kipas helikopter.

Di dalam ibadah tawaf, Allah mewajibkan peraturan tawaf di Kaabah mengikut haluan pusingan dari kanan ke kiri, iaitu arah pusingan ini disebut sebagai pusingan tawaf. Kesemua pergerakan perbuatan dalam Islam dimulakan dari kanan. Makan dengan gunakan tangan kanan, pakai baju dimulakan dari kanan, memberikan barang pada seseorang dengan tangan kanan, memuliakan seseorang dari sebelah kanan dahulu; manakala masuk bilik air dengan kaki kiri dan keluar dari bilik air dengan kaki kanan dan bersitinja’ (membasuh kemakuan menggunakan tangan kiri). Di padang mahsyar, manusia dibahagikan kepada dua kumpulan, kanan dan kiri. Orang yang mendapat buku rekod amalannya ketika hidup di dunia dari sebelah kanan akan masuk syurga, dan orang yang menerima buku rekod amalannya ketika hidup di dunia dari sebelah kiri akan masuk ke neraka.

Pusingan tawaf akan menghasilkan medan elektrogmagnetik yang lebih banyak dan luas. dan sekaligus memberi kepadatan daya pada tubuh badan.

Apa yang menarik ialah kalau kita lihat tapak tangan kita, kita dapati ada angka 81 pada sebelah kiri dan 18 pada sebelah kanan. 81 + 18 = 99 adalah nama-nama Allah, iaitu asma ul husna. Fenomena alam dalam grafik di atas menujukkan arah pusingan tawaf (dari kanan ke kiri) adalah lebih dominan dari arah pusingan jam. Inilah kehebatan pencipataan Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Agong.

Dalam kalangan orang Yahudi, mereka juga percaya kekuatan yang pada pusingan dari kanan ke kiri. Mereka juga mempunyai jam pusingan tawaf. Apa tujuan orang yang mencipta jam yang menggunakan haluan yang berlawan dengan pusingan tawaf?


Ujikaji: cuba anda buat ujian di bawah ini:

  1. Jangan pakai jam yang ada arah haluan jam selama 2 bulan. Gunakan jam pusingn tawaf selama 40 hari. Lihat apa yang berlaku pada diri anda dari sudut emosi, mental, fizikal, fiziologi dan emosi anda. Anda boleh guna jam digital yang bernombor tanpa ada jarum jam.

  2. Ambil segelas air, kacau air dengan sudu besi ikut pusingan tawaf tujuh kali dan berikan air tersebut kepada kanak-kanak yang hiperaktif untuk menium. Perhatikan adakah kelakuan agresifnya akan berkurangan.

  3. Bila anda hendak minum, kacau air segelas dengan sudu besi 7 kali ikut pusingan tawaf, dan minum air tersebut. Perhatikan tenaga dan kekuatan diri anda. Pada waktu yang lain, kacau air segelas dengan sudu besi 7 kali ikut pusingan jam. Perhatikan tenaga dan kekuatan diri anda